
Assalam dan salam sejahtera.
"Apa kereta idaman anda?"
.....kalau tanyer soalan nih dekat setiap orang,confirm ade jugak jawapan nya walaupun budak kecik sekali pun.Antara jawapannya honda accord,merz,BMW,ferrari,lancer,audi,perdana dan macam-macam la...kadang-kadang tu ade jugak yang cakap honda...tapi honda EX5..tu motor la,bukan kereta..huhu
So,hari nih aku nak berceloteh pasal satu kereta idaman aku nih.Mitsubishi Lancer.Sape minat kereta nih jugak,angkat tangan!!!hahaha
Mitsubishi Lancer adalah model kereta kompak yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Colts Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di pelbagai negara lain pada waktu tertentu, dan generasi terbaru Lancer telah dikenali sebagai Galant Fortis di Jepun mulai tahun 2007. Sejak model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973, lebih enam juta unit Lancer dijual di seluruh dunia.
Dua model kereta terawal keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton iaitu Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer.

Lancer generasi pertama
Lancer generasi kedua
Lancer generasi ketiga
Lancer generasi keempat
Lancer generasi kelima
Lancer generasi keenam
Lancer generasi ketujuh
Lancer generasi kelapan-sekarang
Pada tahun 2005, Mitsubishi mendedahkan model kereta konsep Concept-X semasa Pertunjukan Kereta Jepun dan model Concept-Sportback semasa Pertunjukan Kereta Frankfurt. Model terbaru Lancer ini diasaskan daripada kedua-dua kereta konsep tersebut. Lanter terbaru mula didedahkan pada Januari 2007 semasa Pertunjukan Kereta Detroit dan mula dijual di Amerika Syarikat pada Mac 2007. Generasi terbaru Lancer menampilkan badan keselamatan generasi akan datang, RISE.
Di Malaysia, model ini didatangkan dengan pilihan enjin 2 liter sahaja.
7 ulasan:
saye..saye..saye minat kete ni jgak (sambil angkt tgn)..hahaa :)
aittt.....awak student saya ke??ish3...hehehe
student?? xde kaitan pn.. ;p
saya tngah mngajar k..student sye jer boleh angkat tngan..hehehe
ooo..ckgu rpe nye..xde gaye ckgu pn.. ;p
cikgu di alam maya..hehe
hahaaa..xsesuai la.. ;p
Catat Ulasan