Ahad, 31 Oktober 2010

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA




















































































Moto inspirasi `Berilmu Berbakti` mencerminkan betapa tingginya komitmen UPM untuk terus memberi sumbangan kepada penerokaan ilmu dan kemajuan manusia serta pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

Bermula sebagai sebuah universiti yang kecil pada tahun 1971, Universiti Putra Malaysia (UPM) terus berkembang dan menjadi salah sebuah universiti terkemuka di rantau ini. Mengorak langkah sebagai universiti yang berasaskan pertanian, kini UPM menumpukan perhatian dalam pelbagai bidang merangkumi kejuruteraan, perubatan, sains tulen, ekonomi, pengurusan, pendidikan, bahasa, komunikasi dan lain-lain lagi. Bidang-bidang ini telah menjadi satu daya sinergi dan pelengkap kepada bidang tumpuan UPM yakni AgroBio yang meliputi pertanian dan sains yang berkaitan. Bidang pertanian tropika khususnya menjadi kekuatan UPM yang amat terserlah sekali. Hari ini UPM merupakan sebuah universiti yang menjadi kebanggaan ramai pelajar, sarjana dan pelajar antarabangsa daripada lebih 50 negara. Kini, keunggulan UPM telah terbukti dan pencapaian dari segenap bidang tidak boleh disangkal lagi.

Sebagaimana kita termaklum, cabaran yang dihadapi pada hari ini amat kompleks dan hanya mereka yang dapat mengekalkan daya saing akan terus maju ke hadapan. Oleh itu, penerokaan dan penjanaan ilmu serta pendidikan sepanjang hayat merupakan faktor penting dan perlu dimantapkan bagi membolehkan kita terus menghadapi cabaran masa kini.

Justeru, UPM menerusi kepakaran luas yang ada bersedia membantu anda untuk melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran tersebut. Maka laman web ini dibentuk untuk memudahkan pengunjung mengenali UPM dengan lebih dekat dan seterusnya meneroka peluang untuk membangunkan potensi diri bersama kepakaran yang ada di UPM, bagi merealisasikan impian anda!

Marilah kita membangun bersama.

Tiada ulasan: