Ahad, 28 November 2010

blackHoles

Lohong hitam



Gambaran artis cakera tokokan (accretion disc) plasma panas yang mengelilingi lohong hitam (dari NASA)

Lohong hitam atau lubang gelap adalah tumpuan jisim dengan medan graviti yang sungguh kuat hinggakan halaju lepasan berhampiran dengan lohong hitam melebihi kelajuan cahaya. Ini membayangkan bahawa tiada sesuatu bendapun, termasuk cahaya, mampu melepasi gravitinya, dengan itu istilah "hitam/gelap". Istilah "lubang gelap" digunakan secara meluas, walaupun teori itu tidak merujuk kepada sebarang lubang dalam bentuk biasa.

Lohong hitam dijangka oleh teori kerelatifan am. Menurut teori ini, tiada jisim atau maklumat boleh mengalir dari dalam lohong hitam kepada pemerhati yang berada di luar (contohnya, seseorang tidak dapat membawa keluar jisimnya, atau menerima pantulan balik dengan menyinari sumber cahaya seperti lampu suluh, atau mengambil sebarang maklumat mengenai bahan yang masuk ke dalam lubang gelap), walaupun mekanik kuantum mungkin membenarkan pengecualian dari hukum yang tegas ini. Kewujudan lohong hitam dalam alam ini disokong secara teori dan pemerhatian astronomi; walau bagaimanapun, sebahagian kecil pakar fizik tidak bersetuju.

[sunting] Sejarah

Konsep sesuatu benda yang amat besar sehinggakan cahaya sekalipun tidak mampu bebas darinya telah dikemukakan oleh pakar geologi Inggeris John Michell dalam kertas kerja 1783 yang dihantar kepada Royal Society. Pada masa itu, teori graviti Newtonian dan konsep halaju lepasan diketahui dengan jelas. Michell membuat pengiraan bahawa benda sebesar 500 kali jejari matahari dan kepadatan yang sama pada permukaannya laju bebas menyamai kelajuan cahaya, dan dengan itu adalah ghaib. Dalam katanya:

If the semi-diameter of a sphere of the same density as the Sun in the proportion of five hundred to one, and by supposing light to be attracted by the same force in proportion to its mass with other bodies, all light emitted from such a body would be made to return towards it, by its own proper gravity.

Walaupun dia tidak fikir begitu, Michell mempertimbangkan kemungkinannya terdapat banyak objek sebegitu mampu wujud dalam kosmos tanpa kita berupaya melihatnya.

Pada 1796, ahli matematik Perancis, Pierre-Simon Laplace mempromosikan idea yang sama dalam edisi pertama dan kedua bukunya Exposition du Systeme du Monde, tetapi tidak dalam edisi seterusnya. Idea ini tidak mendapat sambutan pada kurun ke-19, kerana cahaya pada masa itu dianggap merupakan gelombang yang tidak mempunyai jisim, jadi tidak dipengaruhi oleh graviti

THE CHALLENGER

Pernahkah anda mengetahui bahawa pernah terjadi sebuah sejarah hitam didalam bidang penerokaan angkasa lepas,terutamanya kepada NASA?

Pada tahun 1986,seramai 7 orang angkasawan,termasuk seorang guru terlatih telah berkecai hancur bersama-sama kapal CHALLENGER yang baru sahaja 73 saat dari bumi.CHALLENGER merupakan kapal angkasa NASA kedua selepas COLUMBIA.

Selepas insiden ini,banyak perkara telah dinilaikan.Antaranya,tahap keselamatan di dalam pekerjaan.Dikhabarkan bahawa pekerja kapal telah menasihati pihak NASA untuk menagguhkan pelepasan kapal berikutan cuaca dan suhu yang tidak sesuai.Tetapi,pihak NASA tetap meneruskan agenda pelepasan CHALLENGER.Jika dilihat pada gambar di bawah,dapat diperhatikan juga terdapat sedikit kepulan asap keluar dari bahagian bawah kapal.

NASA kini telah meningkatkan mutu keselamatan di dalam perkhidmatannya,supaya insiden hitam ini tidak akan berulang kembali.Sebagai bakal pekerja,kita juga digalakkan untuk mengamalkan UTAMAKAN KESELAMATAN semasa sedang bekerja,terutamanya.



Sabtu, 27 November 2010

PENJELAJAHAN ANGKASA RAYA

Dalam penerokaan angkasa lepas,banyak cabang ilmu yang perlu diketahui untuk menjadikan nya satu realiti.Antaranya bidang kejuruteraan elektrik elektronik,kejuruteraan mekanikal,kejuruteraan aeroangkasa,sains angkasa,pengiraan waktu,pemahaman dalam isu keselamatan yang tinggi dan kepakaran dalam menjangkakan sesuatu yang bakal atau tidak mungkin berlaku.Kehadiran manusia ke angkasa lepas bagaikan sebuah electron yang hadir di dalam sebuah bandar yang besar.Merupakan titik yang paling kecil,dan sedikit kesilapan mampu membawa padah.Untuk menjadi seorang angkasawan juga memrlukan pengorbanan yang amat tinggi.Adakah anda tahu mengenai sebuah kapal angkasa yang meletup apabila sedang berlepas,dan di dalam nya terdapat seorang guru?nantikan artikel mengenai nya...