Isnin, 17 Januari 2011

TERBAIK!!

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.
bertemu lagi kita pada kali ini.Kali ini saya ingin kongsikan bersama anda perkara yang mungkin mengejutkan....atau akan menjadi persoalan kepada diri anda,adakah munasabah atau tidak?

Ini lah yang saya ingin kongsikan dengan anda.Disini,saya himounkan beberapa gambar-gambar haiwan yang mungkin menarik pandangan anda.Tapi,persoalan benar atau tidak,tanyalah diri anda sendiri.

Ok.Sila pergi kebawah untuk melihat gambar-gambar tersebut.














































































































































Jadi,bagaimana?menarik bukan?
anda nilaikan sendiri...ini hanyalah sekadar untuk anda melihat dan menilai...
sekian sahaja dari saya,jumpa di masa akan datang..=)

p/s-sayangilah haiwan di sekeliling kita..peace!!


Khamis, 13 Januari 2011

V=IR














Salam hormat dan Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang terus sudi membaca blog saya ini.Kali ini,saya hendak kongsikan sedikit ilmu baru apa yang saya peroleh hari ini.Mungkin kecil nilainya pada diri anda,tapi tidak pada saya.

Pasti anda tahu formula ini V=IR ...V adalah voltage,I adalah current dan R adalah resistance.
Tapi jangan salah faham.Saya bukan hendak mengajar anda tentang ilmu elektrik ini.

Kalau dalam litar,saya fikirkan adalah yang paling bahaya adalah voltage.Jika nilainya tidak padan dengan ketahanan resistance,litar mempunyai keberangkalian untuk meletup.Tapi,dalam kehidupan nyata,yang paling bahaya bagi kita adalah nilai resistance itu.

Dalam mencapai kejayaan,cemuhan dan kutukan adalah resepi kejayaan.Jika hendak menggapai bintang di langit,jangan ditakuti kepada angin yang kuat.Benar bukan?Angin di sini memegang watak sebagai resistance,iaitu penghalang kepada menggapai bintang tersebut.

Jadi,bagaimana kita hendak melawan ataupun merentasi resistance ini dengan baik dan berkesan.Kita berbalik semula kepada konsep V=IR tadi.Jika tadi V adalah paling bahaya,tapi dalam kehidupan realiti,R adalah paling bahaya.Kita boleh menanganinya dengan meninggikan nilai V.

V adalah voltage.Tingkatkan nilai voltage supaya current yang terhasil mampu menembusi resistance dengan berkesan.Dalam kehidupan realiti ini,V adalah bersamaan dengan usaha...Jadi,tingkatkan usaha anda untuk menghasilkan momentum yang kuat dan jitu dalam mengalahkan halangan-halangan yang ada.

Jadi,adakah anda memahami apa yang dikatakan di sini?

Kesimpulannya,halangan bukanlah faktor kepada kegagalan seseorang.Bahkan seseorang yang ingin berjaya akan menggantikan istilah 'halangan' kepada 'pemangkin'.
Dia akan menjadikan halangan itu membakar semangat nya untuk lebih berjaya.Itulah orang yang benar-benar bakal menjadi PEMENANG!!

Ini sahaja untuk kali ini.Harap diambil kebaikan dan tinggalkan keburukan.Semoga kita berjumpa di angkasa kejayaan!!!


Isnin, 10 Januari 2011

back-up plan2

salam..bertemu lagi didalam ruang ini..saya ingin menyambung untukyang sebelum ini...Saya yang kini sedang melanjutkan pelajaran di dalam bidang kejuruteraan di Universiti Putra Malaysia berharap agar selepas sahaja habis belajar,saya akan dapat pekerjaan sebagai seprang jurutera,ataupun apa sahaja kerja asalkan saya dapat meningkatkan taraf hidup saya dan keluarga saya.Tetapi,kini saya sudah berfikir bagaimana jika pasaran ketika itu tidak memerlukan ramai jurutera.Apa akan jadi pada saya jika tidak mempunyai pekerjaan.

Saya pernah berkongsi pengalaman hidup bersama-sama dengan orng yang sudah berjaya.Mereka selalu katakan bahawa,semakin tinggi pendidikan seseorang itu,semakin kuat potensinya untuk makan gaji.Betulkah?

Tepuk dada tanya selera.Mungkin ya,atau mungkin tidak.Ini bergantung kepada individu.Jika anda hendak nampak potensi dalam perniagaan sendiri,ambil sehelai kertas dan pen.Ikut arahan di bawah dengan baik.Anda akan berjumpa jawapannya.

1-Lukiskan paksi x dan paksi y
2-gantikan x=masa dan y=sumber pendapatan
3-Lukiskan graf orang yang makan gaji..
4-lukiskan graf orang yang membuat perniagaan sendiri
5-perhatikan,mana pilihan anda..pilihan berada di atas tangan anda sendiri.


Sudahkah anda melukis apa yang saya sarankan tadi?jika sudah,perhatikan dengan baik mana yang anda inginkan.

Pada pendapat saya,perniagaan tidak memerlukan anda untuk berhenti kerja sebagai arkitek,guru atau peguam.X salah jika lakukan kedua-duanya.Dan boleh kita jadikan pekerjaan kita sebagai full time dan perniagaan sebagai part time.

Bayangkanjika sesuatu terjadi pada karier anda ketika anda sudah mula membuka perniagaan,adakah anda tidak perlu risau?

Jawapanna ya!!kerana anda sudah memiliki BACK-UP PLAN.....itulah yang saya maksudkan...

mungkin setakat ini sahaja yang saya ingin kongsikan kepada anda semua.Mungkin dalam nukilan ini,ada kesilapan dan oleh itu,saya memohon maaf...

Semoga berjumpa lagi di angkasa KEJAYAAN!!!

HEBAT!!!!


Ahad, 9 Januari 2011

back-up plan 1














Kamal membesar dengan mempunyai pendidikan yang amat baik.Walaupun keluarganya susah,Kamal yang juga anak sulung kepada 6 orang adik-beradik teleh membuktikan kejayaan apabila mendapat keputusan ijazah sarjana muda nya yang baik,hasil usaha,kerajinan serta berkat kedua ibu-bapa nya...

3 Disember 2006-Kamal mendapat panggilan telefon dari syarikat pengeluar cip utama dunia,MAKROCELL...memang Kamal gembira,menitis air-air suci dari kedua ibu bapanya yang mengharapkan Kamal mampu mengybah taraf kehidupan keluarga mereka.

3 Julai 2010-Kemelesetan ekonomi di tahap yang sangat kritikal.Banyak syarikat perlu membuang pekerja mereka untuk menstabilkan keadaan ekonomi syarikat yang semakin parah.Permintaan terhadap barangan elektronik berkurang,menyebabkan MAKROCELL mendapat musibah yang berat.

6 Julai 2010-Jurutera Kamal terpaksa diberhentikan buat sementara waktu,tanpa gaji...tetapi mengkinkah sementara?bagaimana jika sementara itu setahun?atau 2 tahun?

7 julai 2010-Kamal terpaksa pulang ke kampung halaman berstatus 'penganggur'...niat untuk berkahwin tersekat di tengah jalan....jadi?Niat untuk menghantar ibu bapa ke Tanah Suci pun sudah terbantut.....

HABIS............

bagaimana jika situasi ini melanda diri anda?

Tentera jika berperang sudah pasti ada BACK-UP PLAN...jadi,adakah salah jika kita juga mempunyai BACK-UP PLAN?

Rakan-rakan....sediakan payung sebelum hujan...inilah yang dikatakan BACK-UP PLAN....ini memeng rancangan yang bagus,kerana jika berlaku apa-apa yang di luar jangkaan kita,sekurang-kurangnya ada yang dapat kita jadikan rancangan kedua....

bersambung.....

Alangkah Indahya

Date:9-10 January

Salam..bertemu kembali setelah beberapa lama mendiamkan diri...Kali ini saya ingin berkongsi sedikit pengalaman yang menarik dalam tempoh dua hari yang dinyatakan di atas...

Gembirakah anda apabila mempunyai ramai kenalan baru?
Gembirakah anda apabila mempunyai ramai kenalan baru yang mempunyai matlamat dan haluan hidup yang jelas seperti anda?
DAN gembirakah anda jika mereka ini mersama-sama anda dalam mencapainya,menjadikannya satu REALITI dan bukan FANTASI?

Rakan-rakan sekalian..itulah yang saya telah alami selama 2 hari ini.Bermacam-macam orang yang saya telah jumpa,dan berkenalan...Dari pelbagai aspek saya perhatikan,mungkin dari segi percakapan,pakaian,ramah-mesra,dan apa keistimewaan yang ada padanya.

Dalam pada itu,terdapat juga saya jumpa rakan yang tidak bersama-sama kita dalam mencapai bintang yang sama,bahkan ingin menggunakan kita sebagai platfom untuk dia berjaya..

Alhamdulillah,saya dinampakkan oleh Nya ciri-ciri manusia yang bermacam-macam,agar saya lebih pandai dalam membuat penilaian untuk memilih SAHABAT SEJATI kita...

SAHABAT SEJATI tidak akan membiarkan kite tergapai-gapai dalam mengejar matlamat..dalam memburu kejayaan,tiada alasan untuk berseorangan...jika tidak SATU,tidak adalah DUA,TIGA dan seterusya...jadi,berSATU itu amat penting...

Dalam 2 hari itu jugak,saya telah dibuka minda oleh teman bahawa PERNIAGAAN merupakan satu jalan kearah kejayaan.Mengenggam degree tidak bermaksud anda akan berjaya...itu yang saya dapat faham..9/10 rezeki sendiri adalah datangnya dari PERNIAGAAN.

Saya juga diingatkan bahawa PENDIDIKAN adalah harta paling bernilai dalam pembangunan modal Insan yang berjaya..Jikalau pada hari ini,kita dapat lihat ibu bapa sanggup menggadai tanah untuk mendaftarkan anak ke universiti...Itu memang bagus..amat-amat bagus...

Rakan-rakan sekalian...anda bayangkan jika saya satukan point-point yang penting bagi setiap topik...BERSATU + PERNIAGAAN + PENDIDIKAN....

Apakah yang anda fikir persamaan di atas akan menghasilkan apa?

JAWAPANNYA




HEBATTT!!!!


Memang ini telah menjadi peluang yang sangat hebat bagi sesiapa yang nampak...Bagi sesiapa yang tidak nampak,itu bukan salah anda..Anda perlu mengambil lebih masauntuk memahaminya...jika anda perlukan pertolongan,saya akan tolong...

Ingatlah rakan-rakan,peluang kadang-kadang datang sekali sahaja...ia akan berlalu begitu sahaja jika kita tidak menyambutnya...

Tetapi,bagi yang nampak,bukan sahaja akan menyambut,tetapi juga akan MENGENGGAM ERAT dan TIDAK AKAN MELEPASKANNYA walau apa pun halangan...