Ahad, 9 Januari 2011

back-up plan 1














Kamal membesar dengan mempunyai pendidikan yang amat baik.Walaupun keluarganya susah,Kamal yang juga anak sulung kepada 6 orang adik-beradik teleh membuktikan kejayaan apabila mendapat keputusan ijazah sarjana muda nya yang baik,hasil usaha,kerajinan serta berkat kedua ibu-bapa nya...

3 Disember 2006-Kamal mendapat panggilan telefon dari syarikat pengeluar cip utama dunia,MAKROCELL...memang Kamal gembira,menitis air-air suci dari kedua ibu bapanya yang mengharapkan Kamal mampu mengybah taraf kehidupan keluarga mereka.

3 Julai 2010-Kemelesetan ekonomi di tahap yang sangat kritikal.Banyak syarikat perlu membuang pekerja mereka untuk menstabilkan keadaan ekonomi syarikat yang semakin parah.Permintaan terhadap barangan elektronik berkurang,menyebabkan MAKROCELL mendapat musibah yang berat.

6 Julai 2010-Jurutera Kamal terpaksa diberhentikan buat sementara waktu,tanpa gaji...tetapi mengkinkah sementara?bagaimana jika sementara itu setahun?atau 2 tahun?

7 julai 2010-Kamal terpaksa pulang ke kampung halaman berstatus 'penganggur'...niat untuk berkahwin tersekat di tengah jalan....jadi?Niat untuk menghantar ibu bapa ke Tanah Suci pun sudah terbantut.....

HABIS............

bagaimana jika situasi ini melanda diri anda?

Tentera jika berperang sudah pasti ada BACK-UP PLAN...jadi,adakah salah jika kita juga mempunyai BACK-UP PLAN?

Rakan-rakan....sediakan payung sebelum hujan...inilah yang dikatakan BACK-UP PLAN....ini memeng rancangan yang bagus,kerana jika berlaku apa-apa yang di luar jangkaan kita,sekurang-kurangnya ada yang dapat kita jadikan rancangan kedua....

bersambung.....

Tiada ulasan: