Khamis, 13 Januari 2011

V=IR














Salam hormat dan Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang terus sudi membaca blog saya ini.Kali ini,saya hendak kongsikan sedikit ilmu baru apa yang saya peroleh hari ini.Mungkin kecil nilainya pada diri anda,tapi tidak pada saya.

Pasti anda tahu formula ini V=IR ...V adalah voltage,I adalah current dan R adalah resistance.
Tapi jangan salah faham.Saya bukan hendak mengajar anda tentang ilmu elektrik ini.

Kalau dalam litar,saya fikirkan adalah yang paling bahaya adalah voltage.Jika nilainya tidak padan dengan ketahanan resistance,litar mempunyai keberangkalian untuk meletup.Tapi,dalam kehidupan nyata,yang paling bahaya bagi kita adalah nilai resistance itu.

Dalam mencapai kejayaan,cemuhan dan kutukan adalah resepi kejayaan.Jika hendak menggapai bintang di langit,jangan ditakuti kepada angin yang kuat.Benar bukan?Angin di sini memegang watak sebagai resistance,iaitu penghalang kepada menggapai bintang tersebut.

Jadi,bagaimana kita hendak melawan ataupun merentasi resistance ini dengan baik dan berkesan.Kita berbalik semula kepada konsep V=IR tadi.Jika tadi V adalah paling bahaya,tapi dalam kehidupan realiti,R adalah paling bahaya.Kita boleh menanganinya dengan meninggikan nilai V.

V adalah voltage.Tingkatkan nilai voltage supaya current yang terhasil mampu menembusi resistance dengan berkesan.Dalam kehidupan realiti ini,V adalah bersamaan dengan usaha...Jadi,tingkatkan usaha anda untuk menghasilkan momentum yang kuat dan jitu dalam mengalahkan halangan-halangan yang ada.

Jadi,adakah anda memahami apa yang dikatakan di sini?

Kesimpulannya,halangan bukanlah faktor kepada kegagalan seseorang.Bahkan seseorang yang ingin berjaya akan menggantikan istilah 'halangan' kepada 'pemangkin'.
Dia akan menjadikan halangan itu membakar semangat nya untuk lebih berjaya.Itulah orang yang benar-benar bakal menjadi PEMENANG!!

Ini sahaja untuk kali ini.Harap diambil kebaikan dan tinggalkan keburukan.Semoga kita berjumpa di angkasa kejayaan!!!


Tiada ulasan: