Rabu, 1 Disember 2010

RAHSIA KEJAYAAN

2 Disember 2010,jam 4.53 pagi.........

Aku rasa hari ini banyak perkara yang boleh menggugurkan hati aku.Sampai satu,datang satu.kemudian,terdetik di pikiran apa akan jadi pada aku di masa akan datang.

Dalam pemikiran dikuasai pelbagai ketakutan,aku terlena dengan harapan apabila bangun nanti,ketakutan akan hilang.Namun,tidak disangka ketakutan masih melekat pada diriku,diusir tidak mendengar,dibuang tidak terdaya....

Nekad untuk meletakkan bayangan ketakutan itu jauh daripada aku,aku melakukan sesuatu yang seronok,dengan tujuan yang sama-melupakan ketakutan itu....namun,alangkah degilnya ketakutan itu,tidak mahu berganjak dariku walau selangkah....

Aku terasa seperti lebih banyak diriku dikuasai mereka..Alhamdulillah,Yang Maha Esa memberikan aku petunjuk-Lantas aku berhubung dengan seseorang yang mungkin dapat memahami situasi aku..dengan mudahnya dia berkata "walaupun kamu sudah mempelajari bermacam-macaam perkara,kamu nampaknya masih tidak mempelajari satu perkara yang paling penting..." Aku bertanya:apakah ia??" Dengan mudahnya dia menjawab "kamu masih tidak mempelajari bagaimana untuk menerima takdir seadanya...jadikan ianya satu pemangkin untuk lebih berjaya..."

Ya Allah,tergamam aku dengan jawapan itu..ya,ada kebenarannya di situ...Manusia sering mengejar dalam kejayaan,tapi jika gagal,tidak dapat menerima dengan baik.Lalu,terjadilah kes bunuh diri,putus asa dan sebagainya.

Aku bersyukur terhadapNya kerana diberikan pemikiran yang waras dalam menerima sesuatu itu seadanya.Aku bertekad,jadikan apa yang aku sesali sekarang sebagai jambatan yang akan menghubungkan aku kepada kejayaan pada satu hari nanti,insyaAllah....


Tiada ulasan: