Jumaat, 6 Mei 2011

CUTI BERMULA!!!

assalam dan berjumpa lagi.Tengok tajuk kat atas,,,'CUTI BERMULA!!'..haha...bukan cuti sekolah yer..bagi yang macam blu-blur aku tengah cuti apa nih,kalau korang nak tahu,budak-budak universiti akan memulakan cuti semester selama 4 BULAN!!!wow!!lama tu!!!

Memang seronok,tapi kalau nak terkenangkan balik masa final exam tu,rasa macam takut dan macam-macam lah.Tak dapat nak digambarkan.Kang tak pasal-pasal kene repeat paper lagi,tak ke susah kalau gitu...moga-moga tak lah..aminn...

Memang benar,usaha dah dilakukan.Cuma sekarang nih,sedang menunggu keputusan atau kesan kesungguhan kita itu. Anda tahu kan apa itu DUIT?ya..duit sekarang nih dah jadi penting..kalau takde duit,tak dapatlah nak makan,beli baju,buku dan sebagainya.Tapi ingat,DUIT bukan sahaja boleh diistilahkan seperti itu,tetapi juga DUIT=Doa,Usaha,Ikhtiar,Tawakkal....

Jadi,ada buat DUIT ini untuk mencapai kejayaan???

kalau aku,aku lebih suka untuk menambahkan lagi istilah ini supaya jadi DUIT M....Apa pulak M tu?M=minat....gerenti,ada DUIT dan M,InsyaAllah kejayaan dengan mudah dapat digenggam dan masuk dalam poket.Takpun,masuk BSN...hahaha...

So,dah faham?Jangan tertinggal DUIT M untuk berjaya k=)






Ultraman pun dah berusaha,tapi apakan daya nasib takde..hehehe=P

Tiada ulasan: