Sabtu, 2 Julai 2011

kemas kah??

Pernah tak kerja di pasaraya?atau kedai menjual barang barang?

Aku pernah jugak kerja di sebuah kedai nih.Bukan la [asaraya,tapi kedai nih macam macam ade jual,contohnya brangan plastik,peralatan dapur,hadiah dan alat tulis.Di situ,aku pelajari sesuatu.Apa yang dimaksudkan dengan perkataan KEMAS.

Kalau ade bilik,perkataan KEMAS merujuk kepada sebuah bilik yang sejuk mate memandang.Peralatan yang ada dalam bilik disusun rapi,cadar tegang,selimut berlipat dan pencahayaan yang baik.Kalau kite ade kelas,kelas yang kemas merujuk kepada keadaan kerusi dan meja yang disusun rapi,dan lantai tidak dipenuhi dengan sampah atau bende bende yang boleh menganggu kelas.Jadi,kesimpulan nyer kemas tu makna bagi semua baranga diletakkan dengan baik dan pada tempat nyer.

Tapi,bagi sesebuah kedai,makna kemas tak cukup untuk tu jer.Lagi satu yang diperlukan adalah KEMAS bagi sesebuah kedai ialah barangan yang diletakkan pada tempatnyer DAN mudah untuk kite mencarinyer atau mengambil nyer.

Memang kadang kadang aku tak setuju jugak ade staff dekat kdai tumain campur campur je barang dalam stor.memang secara fizikal nyer,nampak kemas..Tapi,nanti kalau nak cari satu barang tu,confirm macam kene kejar dengan kerbau mengamuk,macam ape jer....nanti dok selongkar barang barang nanti,bersepah balik la jawabnyer stor tu.So,prinsip aku;KEMAS=barang tersusun rapi DAN mudah dicari.

So,kalau korang rasa idea aku nih menarik,tak salah mencuba kan!


Tiada ulasan: