Ahad, 21 Ogos 2011

UFO.ALIEN ATAU MANUSIA?





Salam dan bertemu kembali...berminat tak tentang pengetahuan cakerawala dan isi kandungannya?atau lebih tepatnyer makhluk asing?kalau berminat,anda boleh teruskan membaca.....

Satu malam tu,aku dah lupe..maybe masa aku sekolah menengan atau rendah la..dalam pukul 10 malam gitu,aku duduk kat depan rumah ambil angin malam dengan mak ayah aku.Aku pun tengok la langit,tak banyak bintang malam tu..bintang memang banyak di atas sana,tapi yang berkelip malam tu ada sikit jer...pastu,tibe tibe aku nampak satu cahaya bergerak.kemudian die berhenti.Berhenti tu tak lama,tapi ade timing gak la...and lepas tu,terus die bergerak sedikit dan terus hilang.Aku fikir mungkin aku nampak meteor ke,tahi bintang ke...tapi bende macam tu mesti bergerak habis dan boleh nampak ekor nyer dengan jelas...tapi nih die bergerak dan terus hilang...and mak ayah aku pulak xde nampak bende tu malam tu....tu la pengalaman aku..

So,ape yang anda fikir?UFO?aliens?haaa....aku pun tak tahu...nak cakap bende tu wujud pun,tak pasti sangat.Tapi yang pastinyer,ada makhluk selain kita di alam nih..dan bumi merupakan hanya satu titik kecil di cakerawala...

Tapi,ada spekulasi yang menyatakan UFO itu wujud,tapi bukan dikendalikan oleh makhluk asing,tapi manusia sendiri.Kapal jenis nih direka oleh negara negara yang maju dan mempunyai teknologi yang tinggi tanpa diketahui umum.Diorang sajer je menimbulkan istilah ‘UFO’ dan ‘aliens’ untuk cover identiti diorang nih.Kalau pernah baca,ada negara tertentu telah membina sebuah jet yang tak mengeluarkan bunyi dan mampu mengelilingi bumi dalam masa yang sekejap jer...Aku ingat bende nih time aku baca majalah Kosmik dulu..Jadi,aku pun tak dapat beri jawapan yang tepat tentang ape ceriter di sebalik objek tu,,,

Tapi untuk apa negara tersebut buat teknologi macam tu?Haa...salah satu sebab adalah untuk ketenteraan..Negara yang kuat adalah negara yang mempunyai pertahanan yang kukuh.Dan pertahanan yang kukuh terdiri daripada pertahanan yang lengkap dengan senjata berteknologi tinggi.

Ada sesebuah negara yang memperuntukkan nilai wang yang sangat tinggi setahun untuk R n R dalam teknologi ketenteraan.Jadi,tak pelik la kalau ada negara yang memiliki UFO.

So,sapa sapa yang ade maklumat yang menarik tentang UFO atau aliens nih,anda dialu alukan untuk kongi bersama! :-)

sumber:http:

-//www.bestourism.com/items/di/459/page:1/sort:User.username/direction:asc?title=UFO-Festival-&b=66

-http://www.google.com.my/imgres?q=real+ufos&hl=en&safe=off&sa=X&gbv=2&tbm=isch&tbnid=OeeXRgvjH0y7DM:&imgrefurl=http://www.pakalertpress.com/2010/11/02/video-secret-nasa-ufo-et-transmissions/&docid=Du-lDob7Ftk6wM&w=500&h=332&ei=2IlyTo2dNsSIrAe07pXxBg&zoom=1&biw=1280&bih=628


Tiada ulasan: